Friday, July 8, 2011

Pemimpin dan Zalim

Jumaat 8 JULAI :

menjadi Kefardhuan untuk umat islam mengerjakan solat Jumaat secara berjemaah di masjid...

 apa yang hendak aku sampaikan ialah mengenai khutbah jumaat tdi.....

kata2 yg aku berminat skli ialah mengenai khutbah2 yg dsampaikan khatib masjid untuk djadikan perbincangan ialah perpaduan ummah..

antara teks khutbah Jumaat bagi Masjid2 skitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah..

"boleh dkenakan hukuman pancung jika pemimpin yg menzalimi rakyat "

jadi di kepala aku dpt byangkan yang PM kita kena pancong..... heehehhehe

jgan salah sangke ye...... cuma korang x pelik ke knpe Negara nie byak sangt cukailah... isu pembunhan plik2 lah... n so on>>>>

apa yg aku dpt katekan ialah, bgai mana keadaan negara kita skrang2 nie.... lagi2 melibatkan ke jenayah yg amat tinggi dan tidak memuaskan hati lagi.....

banyak kes yang melibatkan orang awam lagi2 beberapa hari lepas yang berlaku di JOHOR melibatkan kanak2 n guru tersebut...... klu kes lain x yah ckaplah pembunuhanlah pelbagai lah......
ishhhh.......

selain itu bgaimana pula dgan dunia2 hiburan.... dan yg pling byk skrang sbb ape byk cerite yg berkaitan hantu2lah, bomoh2 khuraft lah......

sbb ape p? sbb ape pmbce2 sklian......

jdi aku ingin mngeluarkan sikit mnurut pendpt aku yg mne aku ingn mngatakan sbb Pemimpinlah rakyat jadi bgini.....

sbb ape??? sbb kerajaan lah byk kes2 yg tidk terjangka menjadi gini....
dan sbb ape  pembaca2 sekalian ????

sebb rasuahlah jdi gini....

jika Kita hendak tahu bagaimana keadaan pemimpin kita>>> TENGOKLAH APA YANG TERJADI SEKARANG DENGAN RAKYAT JELATA MEREKA 2........... klu gi2lah perangai pemimpin maka hancuslah generasi2 masa kini.....

SEKIAN, KORANG2 pikirlah sendiri....

aku x nak LU PIKIRLAH SENDIRI>>>>

Thursday, July 7, 2011

Cermin mata dan AKu (VISIONEX)

Sebelum memulakan cerita in mari sama2 kita menceriakan hari kita dengan perkara2 yang berguna. jgan jadikan hidup kita  ini seperti orang yg sia....

dari dulu aku dkurniakan mata yg sihat, apabila umur mngkat tua, iaitu pada tingkatan empat, aku mngalami masalh penglihatan yg tidaklah bberap nmpak & tidklah serius sangat.

Hasil dripada nasihat dripada keluarga, aku pon pergi lah check mata ...... dgan keputusan yg aku perolehi tidaklah mmberangsngkan kerna mata aku mngalami sedikit masalah( aku pon x pasti sbb cete lame dlukan ), jadi aku dsyorkan dengn bbape jnis cemin mate........ sblum mmilih aku bertnye dsbbkan ape mata aku jdi gini.

  then mendengar kate2 dokter trsbut, aku mnjadi bangge (hehehe) sbb depa kate aku nie bnyk sngat mmbace buku2..... bngge kot  kene puji ( poyo giler )......

tapi ...tapi..... bku ape ? hehehe

korang mesti tertnye2 buku ape sbnrnye aku bace kan2.......... :D


sbnarnye aku nie gile novel ( cete dulu2 ok )...... byak giler aku hbiskan novel 2........ ada masanye boleh habis shari je..... 2 klu bestlah .... klu bese2  2-3 hari je..... lame lah jgak. KLu yg bowink 2 dah x bace2 .....  bowink katekan......

nielah aku nye cermin mate yg first generation   .. tpi colour kelabu dienye bingkai n cermin nye agak2 kehijauan ckit.....  aku jarang memakainye..... sbb x bese n kpla pening giler ..... :(

Pada pertengahan tahun 2011, aku telah mngamalkan memakan supliment yg terbaik di dunia iaitu USANA yng produknye khas utk memulihkan mate iaitu Visionex....

dan pada 5/7/2011 aku telah mencuba kembali cermin mate yg ku ade dulu, dan skrg aku dah tak nmpak dan ianye menjadi kabur...... Aku bersyukur sbb dpat ni'mat sihat mata kembali.....

Kepada semua yg ade disana...... sesape yg ade mgalami masalah mate bolehlah mngamalkanye..... tpi perlu bersabar utk tunggu shngga sembuh sesembuhnya.....






Wednesday, July 6, 2011

Jenis-jenis pujian

Di dalam alam ini ada empat jenis puji:

1. Yang pertama, Qadim puji Qadim. Maksudnya Tuhan puji DiriNya sendiri.

2. Yang kedua, Qadim puji baharu. Maksudnya Tuhan memuji makhluk.

3. Yang ketiga, baharu puji Qadim. Maksudnya makhluk puji Tuhan.

4. Dan yang keempat, baharu puji baharu. Makhluk puji sama-sama makhluk

Tuesday, July 5, 2011

jenis jenis perwatakan genius

Perwatakan genius #1

Seseorang genius mempunyai daya fokus yang amat tinggi. Apabila berdepan dengan sesuatu kerja, masalah atau isu, pemikiran yang tajam diletakkan 100% pada masa itu untuk menyelesaikannya. seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu. Ini bermakna, ketika melakukan sesuatu, tumpukan 100% perhatian kepada perkara tersebut- tanpa memikirkan benda lain yang hanya menganggu momentum kita melakukan kerja.

Asas kepada melakukan ini adalah dengan mempunyai matlamat dalam melakukan apa sahaja.
Sesuatu matlamat yang bertulis akan menjadikan tugas yang kita ingin lakukan lebih jelas dan tertumpu. Tidak kira matlamat kecil, ataupun matlamat besar, kita perlu ambil pen dan kertas dan tuliskannya. Aktiviti menulis ini sahaja akan menggerakkan minda separuh sedar kita untuk membantu mencapai matlamat tersebut.

Sebaiknya menulis semua detail dan maklumat matlamat – lagi banyak maklumat yang ditulis, lebih mudah minda untuk berfungsi membantu mencapaikannya.

Berita baiknya, untuk mengasah fokus kita, adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Dengan memupuk tabiat menulis setiap matlamat kita dan berusaha menjauhkan gangguan-gangguan minda , secara perlahan-lahan, kita akan lebih fokus kepada kerja di tangan 100%!


 
Perwatakan genius #2

Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu, masalah atau  kerja. Dalam kata lain, mempunyai perancangan yang rapi- sering kali menulisnya atas kertas setiap langkah mengikut prioriti. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya ketahui sesuatu titik permulaan.

Tidak cukup dengan hanay menulsi matlamat, skema perancangan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut juga perlu ditulis. Ianya dikatakan bahawa seringkali sesuatu masalah itu mempunyai penyelesaian yang amat jelas hanya dengan cara benar-benar duduk dan memastikan apakah sebenarnya masalah yang dihadapi.

Tetapkan prioriti dalam apa yang ingin dilakukan. Apa yang perlu dibuat dahulu, dan apa yang perlu dikemudiankan. Bukan sekadar menjadi genius sahaja, tetapi, tip ini juga akan membatu menguruskan masa.

Cara mudah menggunakan teknik ini adalah menyenaraikan apa sahaja yang kita ingin lakukan, dan meletakkan prioriti A-B-C-D pada setiap entri di mana A adalah sesuatu yang paling penting untuk dilakukan dan D adalah sesuatu yang tidak penting langsung dan boleh di tinggalkan. Selepas membuat prioriti, ikut susunan kerja yang perlu dilakukan dari A sehingga C.

Ianya adalah amat penting untuk mengetahui di mana kita berada kini untuk membolehkan kita melihat perjalanan kita untuk mencapai matlamat dengan lebih jelas. Para genius melakukannya, apa kata kita turut lakukan!

Perwatakan genius #3

Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru dan tidak menutup fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.

Thomas Edison juga pernah menyebut “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Ketika kita kanak-kanak, kita tidak meletakkan had pada pemikiran kita. Entah bagaimana, pemikiran begitu hilang apabila kita membesar. Apa yang kita perlu lakukan adalah buka fikiran dan imaginasi kita kepada idea-idea baru. Bebaskan pemikiran kita dan jangan meletakkan had pada apa yang kita boleh capai.

Dengan melakukan ini, secara automatik kita akan menjadi lebih kreatif seperti seorang yang genius!

Menjadi genius adalah sesuatu yang semua orang boleh pelajari. Saintis mengatakan bahawa manusia genius sepertti Albert einstein atau Thomas Edison hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. Begitu besar lagi potensi otak manusia yang masih belum pernah diterokai. Langkah awal kita adalah dengan mengamalkan 3 perwatakan genius yang telah diterapkan di atas!

Semoga kita menjadi seorang yang genius tak kira apa sahaja yang kita lakukan!

*****************

Nasihat Syeikh Muhammad A'wadh

5 formula memupuk cinta (♥):

1. Melalui ilmu.

2. ZikruLLAH.

3. Tafakkur.

4. Bersahabat dengan orang yang membawa ingat kepada Allah.

5. Berakhlak dengan akhlak Allah.

* Cinta perlu dicari. Ia kekal tidak musnah. Cinta sentiasa ada permulaannya tetapi tiada pengakhirannya. Cinta punya kuasa luarbiasa. Hakaza cinta -dc ♥ ツ.



Istikharah Cinta - Sigma Mp3
Mp3-Codes.com